Monday 26 August 2013

PANDUAN MENUNTUT ILMU

          Bismillahirahmanirahim...Asalamualaikum wbt.salam ukhwah untuk semua pembaca.Akhirnya dapat sampai ke tugasan terakhir ni walaupun merangkak macam kura-kura tapi alhamdulilah juga ."Alah bisa tegal biasa "orang tua-tua kata .Terima kasih kepada guru online saya yang cute tu....kecil molek je orangnya tapi dah ada dua puteri...kecil-kecil cili padi....jangan marah sifu Puan Anys Idayu Binti Zakaria.Tak lupa kepada penyelaras utama  Puan Masayu Binti Ahmad serta rakan-rakan kelas Asas Blog yang telah saya baca blog mereka.....semuanya hebat -hebat belaka berbanding saya.
              Saya ni dah hampir setengah abad , tapi impian nak buka kedai online masih membara jadi saya rasa amat bersyukur dapat belajar benda ni walaupun mungkin terlewat sedikit tapi harap-harap belum terlambat.Ilmu ni boleh dikongsi dengan mereka yang memerlukan suatu hari nanti.
          
           Hampir tiga bulan baru dapat tulis 44 entri , agak-agak berapa lama baru dapat jual barang di kedai online saya.....tapi saya tak kisah sangat , banyak lagi nak kena belajar, saya cuba saja apa yang termampu.Saya mesti cantikkan blog saya supaya orang tertarik nak baca....banyak lagi terapkan pengalaman setiap hari  agar dapat menjadi panduan kepada pembaca yang nak tahu tentang sempua/ abacus atau arithmetik..Mudah-mudahan dapat membantu.




                                      
         Tugasan terakhir ini sangat bererti untuk saya, walaupun bagi orang lain biasa-biasa saja.Banyak kekurangan dan cabaran yang telah dilalui untuk sampai kesini.Apa yang nak dikongsi kali ini adalah adab menuntut ilmu.Apa juga perbuatan kita perlu ada adab yang betul.Niat yang betul  dan ikhlas untuk mencari ilmu perlu ada sehebat mana pun orang yang mengajar kita, tidak akan memberi makna jika kita sendiri tidak berusaha untuk berjaya.Ilmu yang di pelajari mesti dicatit dan diamal dalam kehidupan.


          Menghormati guru merupakan adab yang paling utama.Guru yang mengajar juga perlu lebih dahulu menghormati  orang yang di ajar.Jangan keluarkan kata-kata yang boleh membuatkan pelajar rasa malu dan tercabar.Saya sentiasa berpesan pada diri sendiri agar sentiasa memberikan kasih sayang semasa mengajar, jika terpaksa menghukum pun hukumlah kerana Allah.Seperti mengajar anak sendiri matlamat mesti di utamakan.pelajar mesti faham,tahu buat dengan sempurna dan berhemah.


            Sebagai rakyat Malaysia ,saya juga ingin berjasa untuk negara.Jika saya mampu saya ingin memberi kelas percuma untuk anak-anak miskin yang tak mampu untuk membayar tuisyen.Terutamanya di kampung-kampung.Saya ingin gunakan dewan orang ramai yang tersedia ada dan jarang di gunakan pun tetapi saya tak dapat realisasikan lagi kerana mungkin saya bukan orang yang suka berpolitikSaya tetap berhasrat suatu hari saya mampu jadikan ianya kenyataan.Doakan saya ya sahabat-sahabat kerana saya sangat faham kaedah  Mental Arithmetik ini mampu mengubah minda sesaorang.

   Salam penuh keikhlasan.Mohon maaf jika terdapat kesalahan .Saya bukan penulis ,tetapi saya cuba memberi yang terbaik dalam penulisan.Mudah-mudahan ada manfaat untuk di kongsi.Panduan selebihnya mesti menghormati ibu bapa kita walau sebijakmanapun kita.Ibubapa juga perlu redha dan mendoakan anak-anak agar dapat manfaat dari kaedah ini.Jangan kelirukan anak dengan fakta atau kata-kata yang menafikan kemampuan guru.Segala persolan sila rujuk kepada  tenaga pengajar, kadang-kadang apa yang kita belajar dulu tak sama dengan kaedah anak kita belajar.

Asalamualaikum wbt.



ALHAMDULILAH....




                 Bismillahirahamhim.................Syukur Alhamdulilah....Aku dilahirkan sebagai wanita muslimin.Alhamdulilah aku telah melengkapkan kehidupan ibu ayahku sebagai anak...aku akan jadi anakadamu yang solehah didunia dan akhirat.Terima kasih kerana memberi aku ibu bapa yang telah mengajar aku banyak sekali tentang kepayahan ...untuk menjadikan aku kuat dan sentiasa bersemangat untuk hidup masa hadapan.


   Tidak dinafikan aku pernah mengeluh dan menyalahkan kedua orang tuaku ketika aku kecil...budak-budak lagi.Aku sering bertanya kenapa aku tak boleh bermain seperti budak-budak lain.Setiap hari jika tidak sekolah aku terpaksa mengikut ibuku pergi menoreh getah, mencari rebung petangnya mengikut ibu ke bendang menanam padi pula.Aku tidak dibiarkan bermain seperti kanak-kanak lain, Rasanya mungkin semua adik beradik dilatih macam ni ...tak pasti ,tapi yang selalu kena akulah.

   
        Alhamdulilah....kedua ibubapa telah memberikan pendidikan agama mengikut kemampuan mereka....aku ingin ke sekolah agama agar aku dapat menghafaz Al quran.Apakan daya tak tercapai asalkan dapat bersekolah aku dah sangat bersyukur.Pendidikan agama yang sedikit itulah mampu menjadi benteng dalam menjaga batas-batas kehidupan ku sebagai seorang muslimah.Walaupun jauh dari ibu ayah ketika aku berkerja di Pulau Pinang, aku bersyukur dapat menjalani kehidupan tanpa perkara-perkara yang boleh melukakan hati mereka.Aku juga pandai memilih kawan yang tidak membawa aku ke jalan yang salah.....Alhamdulilah.


     Diusia ini aku ingin menjadikan anak yang kudidik sejak kecil menjadi anak yang soleh .dimana dan bagaimanapun jua...aku ingin bersamanya,  melihat dia membesar rasa bagai sekelip mata dah besar anakku.Walau dialah satu-satunya permata tunggal yang aku miliki.Dia adalah amanah Allah, walau sangat menyayanginya tidak melebihi cintaku pada Allah.Aku sentiasa memohon petunjuk dalam memberi pendidikan kepadanya.

     Walau kedua ibuayahku bukan pakar motivasi tapi aku yakin mereka ada skill tersendiri dalam mendidik anak-anak.pertama mesti beri pendidikan agama yang cukup, kedua mengajar mereka bekerja dengan mengikut kerja yang kita buat setiap hari supaya anak-anak merasai kesusahan kita mencari rezeki yang halal.Ketiga jangan terlalu manjakan anak dengan wang dan kemewahan.harus utamakan keperluan bukan kemahuan.Jadilah ayah dan ibu yang boleh menjadi sahabat,kawan,dan segala-galanya buat anak supaya dia tidak mencari kawan lain jika ada masalah.Inilah yang saya sedang usahakan.....mudah-mudahan Allah sentiasa membantu saya mendidik anak-anak mengikut acuan ibu bapa mendidik saya.


Sunday 18 August 2013

MERDEKA......MERDEKA.....MERDEKA

Bismillahirahmanirahim.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA.MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA!!!

        Alhamdulilah dapat kita sama-sama menyambut kemerdekaan Negara pada 31 ogos 2013 nanti. Semoga kita sentiasa menghargai detik kemerdekaan negara dan bersyukur kerana ditakdirkan menjadi rakyat Malaysia.Bayangkan jika kita menjadi rakyat negara yang sedang bergolak, berperang,miskin dan di tindas.Kita di Malaysia sangat bertuah Hari Raya disambut dengan juadah yang lazat-lazat, boleh melakukan ibadat tanpa sekatan,boleh membeli belah dengan aman, kehidupan yang amam dan damai.Betapa syukurnya dilahirkan di sini ...tanah tumpah darah kita, betapa kita patut sayangi negara lebih dari segalanya.

           Bersama-samalah kita menjaga keamanan negara, lupakanlah perbezaan pendapat  ,bersama bersatu diantara kita mencari titik persamaan bukan pergaduhan.Demi anak cucu kita yang tercinta tolonglah sayangi Malaysia.Jangan cemari kemakmuran, jangan tiupkan perbalahan,satukan hati kita semua demi keamanan.


        Ya allah bantulah kami rakyat Malaysia agar dapat terus bersatu,bersama menjalinkan persefahaman.Lindungilah Malaysia dari segala perbalahan,persengketaan dan pertelingkahan Satukan hati kami seluruh rakyat malaysia untuk terus hidup aman dan berkekalan.amin


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DARI JITRA ARITHMETIK SYSTEM:

                             "MALAYSIA TANAH AIRKU
                                                                  TANAH TUMPAH NYA DARAHKU"

ULASAN KELAS BLOG

Bismillahirahmanirahim.

           Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.Seperti biasa saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan ini.Kadang-kadang saya juga tak percaya saya mesti menulis karangan lagi macam zamam persekolahan dulu selepas lebih 20 tahun meninggalkan zaman persekolahan sejak 1988.

         Allah tiba-tiba beri saya peluang untuk mendaftarkan diri untuk Kelas  Asas Blog  dengan Puan Anys Idayu Bt Zakaria.Ada banyak kelas macan ni sebenarnya tapi saya tertarik dengan Puan Anys ni sebab beliau sangat rajin mempromosikan kelebihannya jika kita ada blog,ada fanpage dan ada kedai online sendiri.Boleh dikatakan hari- hari saya membaca di fb saya.Betullah kata orang, promosi penting dalam perniagaan....semakin kerap jenama kita disebut-sebut semakin berkembang perniagaan kita.Puan Anys dah buktikan saya memang tertarik untuk belajar dan terus mendaftar walaupun sebenarnya tak tahu lagi macam mana pengisiaannya.

         Selepas mendaftar nak mula buat email baru dengan gmail...baru saya sedar sebenarnya saya ni memang zero sangat tentang IT.Saya hanya tahu berkaitan kerjasaya saja.Buat kertas kerja untuk profil syarikat, buat surat,akaun dan buat buku latihan sendiri saja.Tapi Alhamdulilah Puan Anys sangat sabar mengajar saya hingga saya dapat memiliki blog sendiri iaitu Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak.Dari segi penulisan boleh nampak dari berjalan macam kura-kura sampai tak berani angkat muka takut salah pijak , asyik tengok kaki saja.Kini Alhamdulilah dan boleh mengarang catatan harian,panduan kesihatan,panduan matematik dan motivasi diri.Bukan perasan pulak, saya masih belajar memperbaiki diri dalam penulisan saya.Mudah-mudahan suatu hari boleh menjadi inspirasi kepada yang memerlukan ilmu.Insyaallah amin.

       Alhamdulilah dapat buat juga kedai online saya Asmahsunnah online.com.Semua Puan Anys Yang mengajar saya .Walaupun masih belajar tapi saya berpuashati dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, syukur Alhamdulilah.Mudah-mudahan suatu hari saya dapat terus menggunakan ilmu ini untuk mengembangkan lagi perniagaan saya insyaallah.

       Walaupun masih belajar saya tetap yakin jika saya terus berusaha insyaalah suatu hari saya akan berjaya.Mungkin rezeki saya tak datang bergolek-golek lagi tetapi walau sesukar manapun, apa juga halangannya,walau rezeki tu masih jauh saya tetap yakin bila dah pandai nanti saya akan dapat apa yang saya cita-citakan.Mudah-mudahan Allah permudahkan dan sentiasa bekalkan saya kesabaran dan semangat yang berterusan .Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi cabaran baru dengan online sangat memberi saya semangat baru untuk terus berusaha.Mudah-mudahan akan banyak lagi ilmu yang dapat saya pelajari selepas ini.

       Sekian ulasan saya tentang kelas ini .Saya berterima kasih dengan Puan Masayu Bt Ahmad yang memperkenalkan dan Puan AnysIdayu Bt Zakaria,  yang mengajar saya serta ahli-ahli kumpulan yang kita kenali melalui facebook , tetapi ikatan ukhwah yang terjalin menjadikan kita boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat. .Terimakasih pada Allah yang menghadiahkan saya peluang untuk menyahut cabaran ini.Mudah-mudahan kita semua di rahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.amin


           
           Salam untuk semua.Yang terbaik dari Allah, yang kekurangan adalah dari kelemahan saya sebagai manusia.Sebarang teguran sentiasa menjadi pedoman dan sentiasa diberi perhatian.Insyaalah.Sesuatu  yang saya pelajari ialah jangan mudah putus asa....terus mencuba sehingga berjaya.Terima kasih sekarang saya dah tahu makna perkataan yang dulu tak tahu seperti dropship, fanpage dan lain-lain.

        Untuk berjaya dalam perniagaan apa juga mesti ada ilmu yang berkaitan,mentor yang sangat mahir dengan perniagaan tersebut dan perlu yakin untuk bertindak segera.Jika masih bertangguh sebenarnya kita hanya berangan-angan.Keyakinan adalah eset yang sangat penting berbanding modal atau halangan.Keyakinan akan melahirkan keberanian untuk bertindak.


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.selamat berjaya untuk semua.

      

Friday 16 August 2013

PEMAKANAN MINDA SI COMEL

        
Bismillahirahmanirahim.
Jadikan amalan  makan kismis  untuk anak-anak kita sebagai tabiat setiap hari dari makan keropok yang belum tentu khasiatnya.Coklat untuk minda juga elok di amalkan kerana dapat merehatkah minda dan mencergaskan fikiran.Kita akan tuai apa yang kita tanam, Tujuannya supaya anak yang diberi makanan yang terbukti khasiatnya lebih senang di bentuk dan mudah di ajar.Insyaallah.
 

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Bismillahirahmanirahim.

       Asalamualaikum.w.b.t.salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.Mudah-mudahan tulisan ini memberi pengalaman baru yang bermanfaat untuk kita semua.Sekiranya ada kesilapan saya mohon maaf dan akan sentiasa cuba perbaiki dari masa ke semasa.Insyaallah.

      Hari ni dah mula kelas di Changlun, lebih kurang 30 minit juga memandu untuk sampai.Keluar rumah jam 7.30 pagi lagi.Semangat baru lepas dah cuti lama. Semangat macam kena suntikan baru nak jumpa pelajar yang dah seminggu bercuti.Biasanya saya jarang bercuti lama macam ni dua tiga hari saja.Seperti di jangka saya sampai lima belas minit sebelum kelas mula.Memang saya suka begitu, saya akan sambut pelajar yang datang dengan cara tu dapat berinteraksi dengan waris,dapat tahu masalah pelajar sebelum masuk kelas seperti tak bawa alat tulis, tertinggal buku rumah nenek di kampung,tak berapa sihat semua waris akan bagitahu kita jika kita sambut mereka . Jadi bila dah mula kelas nanti kita dah tahu si A ni apa masalahnya, Si B pulak apa masalahnya.....senang kan kerja kita.

    Saya juga selalu ingatkan diri saya dan tenaga pengajar saya agar datang awal sebelum kelas mula dalam 15 hingga 20 minit awal.Tujuannya supaya kita lebih bersedia sebab tidak tergopoh gapah jika datang lambat.Biasalah jika kadang-kadang ter....lambat tapi tidak selalu.Pastikan kita sampai dulu sebelum pelajar sampai.Atur siap-siap kerusi dan dah tahu nak letak siapa disisi kita, tentulah pelajar yang lemah sedikit.Bila kelas bermula kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal.

    Kelas saya bukanlah seperti kelas di sekolah .Kelas mental Arithmetik saya hanya 15 hingga 20 murid setiap sesi.Saya mesti pastikan setiap yang datang mendapat perhatian yang sewajarnya.Tujuannya supaya dia faham dan tahu buat sendiri bila pulang nanti sebab latihan bukan hanya bersama saya tapi ada juga latihan dirumah kepada yang nak cepat pandai..

   Saya juga ingatkan diri saya datang kelas dengan hati terbuka.Semua masalah sendiri simpan di rumah.Bersedia untuk mengajar dalam keadaan sihat dan ceria.Jika rasa tak sihat cepat-cepat makan ubat dan berdoa sepanjang jalan agar kelas kita di permudahkan oleh Allah.Hanya Dia yang boleh menggerakkan hati manusia.Mudah-mudahan hari kita tak berapa sihat tu , budah-budak dapat buat latihan tanpa banyak kerenah.Insyaallah.

   Alhamdulilah  kelas di Changlun selesai jam 10 pagi.Saya bergerak ke Alor Setar pula untuk kelas jam 11.00 pagi.Perjalanan alhamdulilah mengikut rancangan yang betul tidak terlajak dan sebagainya.Saya juga sampai 15 minit sebelum kelas bermula.Ada pelajar yang bawa kuih raya untuk saya.Alhamdulilah terima kasih.Tengahari saya bergegas balik rumah untuk pastikan anak kesayangan saya nak ke masjid untuk solat jumaat.Sampai dirumah dia dah siap berbaju melayu untuk ke masjid.Hanya tunggu saya untuk dapat kunci motosikal saja.Alhamdulilah sejuk hati saya yang penat pun hilang tengok anakanda dah sedia nak ke masjid.Alhamdulilah.

   Jam 3 petang saya ada kelas kat sekolah Kebangsaan Tunjang hingga jam 430 petang.Alhamdulilah ramai datang hari ni walaupun masih dalam mood cuti beraya.Yang best tu ramai yang siap tugasan di rumah dan 80 peratus menguasai sifir hari ini.Alhamdulilah walaupun banyak makan lemang dan ketupat tak lupa buat kerjarumah.Akhirnya tugasan terakhir saya jam 5 hingga 630 petang di Arked Mara Jitra.Alhamdulilah semua ditentukan dengan baik hari ini oleh Allah.Hanya DIA yang menentukan setiap kejadian.

      Terima kasih kepada waris yang memberi sokongan walaupun dalam mood raya tetap memberi kerjasama untuk kelangsungan bersama.Selamat Hari Raya kepada semua waris dan pelajar.Maaf zahir dan batin kepada semua.Sebarang kesilapan saya mohon jutaan maaf.Mudah-mudahan pengisian yang tak seberapa memberi sedikit inspirasi mengaktifkan minda anak-anak kita.insyaallah.





Kerjasama antara kita ibarat Aur dengan Tebing.Saling memerlukan untuk membina kekuatan bersama.

TAMBAHNILAI KUASA MINDA BERSAMA KAMI DI JITRA ARITHMETIK SYSTEM.

Monday 12 August 2013

KELEBIHAN KAEDAH MENTAL ARITHMETIK DALAM PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK













Asalamualaikum wbt. Salam ukhwah untuk pembaca yang dikasihi . Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat bersama.Insyaallah.

    Kaedah Mental Arithmetik adalah satu kaedah  untuk mengira seperti tambah, tolak,darap dan bahagi dengan lebih cepat. 

.Kaedah yang di gunakan termasuk 
1- Teori Jari.- Menggunakan simbol jari untuk menunjukkan angka 1 hingga 99
2-Teori Sempua.-Menggunakan sempua untuk mengira angka lebih dari 99
3-Teori congak..Menggunakan minda  bersama gambarajah sempua dipanggil pra-congak.
-atau Menggunakan minda sepenuhnya 

Bagaimana kaedah ini lebih cepat.?

1- Menggunakan jari kanan dan kiri.
2 -Mengaktifkan otak kanan dan kiri mengikut pergerakkan jari secara bersilang.
3-Jawapan ditunjukkan di jari tampa perlu mengira hanya menggerakkan jari mengikut formula sahaja.
4-Membantu menjawap dengan pantas melalui kaedah lisan di dalam kelas.
5-Membantu menguasai sifir melalui latihan berterusan.
6-Mengatasi masaalah   kurang keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai.
7-Membentuk personaliti dan atitude diri kearah yang lebih baik
8- Membantu pelajar kreatif dalam kehidupan.

Siapa yang boleh belajar?

1- Siapa sahaja yang suka dengan nombor.
2-Boleh dipelajari seawal 6 tahun.
3-Ibu bapa yang ingin mengajar anak-anak.
4-Suri rumah yang ingin mengajar di rumah.

Bagaimana   kaedah ini membantu pelajar

1-Dapat menjimatkan masa semasa menjawap soalan  objektif,
2-Mempunyai lebih masa untuk menyemak jawapan yang telah diberikan.

            Kita tidak akan nampak potensi anak jika tak mencuba kaedah ini.Proses pembelajaran adalah individu.Siapa yang cepat boleh terus kehadapan walaupun adik-beradik.Saya berharap semua ibu bapa mencuba kaedah ini untuk kebaikan dan perkembangan minda mereka.Pembangunan minda kanak-kanak ini membantu kita sebagai ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dengan lebih mudah.Insyaalah

KEPRIHATINAN IBU BAPA SANGAT MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN KANAK_KANAK.


"Minda adalah seperti payung terjun...ianya hanya berfungsi apabila dibuka" John Dewer

"Semakin kerap kita menggunakan minda untuk berfikir....semakin tajam kuasa minda sesaorang"  Jitra Arithmetik System.





TAHNIAH

Bismilahirahmanirahim...................

      Asalamualaikum wbt...Masuk hari ni dah lebih seminggu tak bersama anak-anak murid. lama cuti raya kali ni...sekarang dah mula rasa rindu dengan keletah dan perangai mereka...ada yang  kuat bercerita,ada yang sangat manja, yang suka mengampu  cikgu pun ada......bagaimana jika dah berenti mengajar ni...mesti tak tentu arah .Teringat ingat perangai mereka bila duduk dalam kelas sorang-sorang  .

    Paling diingat adalah pelajar paling nakal, setiap kali nak pergi kelas yang ada pelajar nakal saya selalu sedekahkan dia surah Al fatihah..doa untuk melembutkan hati yang saya amalkan dari dulu,saya bacakan sepanjang perjalanan dan sedekahkan kepada pelajar tersebut..Inipun saya dapat dari rancangan tanyalah ustaz tv9.Alhamdulilah memang berkesan dan boleh dimanfaatkan untuk menangani anak anak yang bermasaalah, unuk anak sendiri bacalah setiap masa jika teringat atau curiga takut-takut anak buat  benda yang kita tak suka, ikut kawan-kawan kita bacakan Surah Alfatihah...untuknya mudah-mudahan roh dalam jasadnya sentiasa dipandu kejalan yang benar.

    Esok dah nak mula ke pejabat dah rasanya banyak yang nak dibuat.ada buku yang belum siap untuk stanby kelas minggu depan.kertas  ujian yang belum di semak.ada juga sijil yang belum siap prosesnya.Mudah-mudahan tiada buku yang hilang, abacus yang tak tahu mana letaknya atau bag yang tertinggal di kampung...maklumlah cuti raya panjang biasanya macam tu lah.

   Tahniah kepada pelajar UPSR 2013 yang mendapat 5A dalam ujian percubaan UPSR sebelum cuti Raya.Saya tumpang gembira dengan kejayaan atas usaha mereka.Sebaik mana juga kaedah tidak ada maknanya jika tak mahu menggunakannya sebaik-baiknya.tahniah danTeruskan kecemerlangan anda menghadapi upsr nanti .Saya sentiasa berharap dapat membantu melalui kaedah yang telah diajar

BERUSAHA DAN BERTAWAKAL  HANYA KEPADA ALLAH


       
coklat minda untuk melengkapkan proses tambah nilai kuasa minda

AURAT WANITA MUSLIM

                                                                  Bismilahirahmanirahim.....
     .Sekadar ingatan untuk diri sendiri.anak-anak saudara jauh dan dekat, anak-anak jiran yang ingin bertaubat.....lihatlah seketika betapa azab Allah telah nyata dalam alQuran.Mudah-mudahan Allah terus membuka hati mereka yang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat.

         Alhamdulilah jika kita tahu rahsianya kecil-kecil lagi dah menutup aurat, tapi hidayah sampai lambat .Kita patut bersyukur Allah bagi hidayah kepada kita untuk bertudung dengan sebenar-benarnya.Jika dulu kita hanya berselendang kini Allah buka hati untuk menutup auran sepenuhnya.

           Tutup aurat kerana Allah .Itu lebih penting.Bukan kerana malas sikat rambut, atau mungkin sebab nampak lebih cantik jika bertudung.Alhamdulilah jika kita dapat rasa malu keluar dari puntu rumah tampa menutup aurat.mestu tutup atau cari tudung jika ada yang memberi salam dari luar,Sebenarnya Allah sudah memberikan kita hidayah walaupun nampak mudah tapi tak semua boleh buat.biasanya dianggap tidak penting .dan tak apalah depan rumah kita.walahua'lam

          Yang terbaik dari Allah, yang silap jika ada , tentulah dari saya yang masih belajar.



Sunday 11 August 2013

PESAN RASULLULAH

 
Bismillahirahmanirahim.........

Hari ni tengok motivasi pagi .......lepas bersahur untuk puasa sunat.Ada beberapa perkara yang perlu di elakkan dalam kehidupan ini.Mudah-mudahan memberi saya peringatan untuk kehidupan dunia dan akhirat .Mudah-mudahan mata tidak di butakan oleh hati yang hitam.dan mudah-mudahan wajah dan hati sentias berseri dalam iman.

Pertama kata ustaz jangan sesekali menyekutukan ALLAH.Kita mesti yakin tiap kejadian adalah dariNya.Redha dan tawakal.Jangan percaya sngat benda karut -marut dalam masyarakat kita sekarang ...asal sakit sangat ...mesti kena santau,sihir atau buatan orang. Bila berjumpa dengan pengamal perubatan pulk ...berlaku tuduhan demi tuduhan.kadang -kadang melibatkan hubungan adik beradik ...sangat  mengecewakan..kembali kepada ALLAH, bentengkan diri dengan surah-surah dari Al Quran.mudah-mudahan bermanfaat.
Kedua hendaklah mentaati ibu bapa , berbuat kebaikan ,kebajikan kepada mereka.Realitinya hari ini jika kita check balik keruntuhan intiitusi keluarga   berpuca dari sikap mereka terhadap kedua ibu bapaSedihnya tengok anak-anak remaja berkasar dengan ibu atau bapa mereka.Mudah-mudahan ALLAH memberi mereka pentunjuk kembali kejalan yang benar.
Ketiga janganlah kamu menghampiri zina samaada terang atau gelap.Maksudnya apa juga keadaan wajib jauhi zina..Zina besar besar semua orang tahu , tapi bagaimana zina mata,dan zina hati.Mudah-mudahan kita terhindar dari dosa besar ini....

Selamat hari raya maaf zahir dan batin .

Saturday 10 August 2013

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

                          10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

SubhanAllah..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.



 Amin...mudah-mudahan menjadi inspirasi untuk kita berusaha menjadi antara golongan yang terpilih oleh ALLAH diberi rahmat semasa hidup dan nikmat semasa mati ...wallahua'lam


                                   

Thursday 8 August 2013

PUASA ENAM

    

Bismillahirahamanirahim.......Assalamualaikum.....Selamat hari raya .Maaf Zahir Dan Batin.

       Selamat Berpuasa sunat kepada yang berpuasa sunat  enam pada hari ini.Ada yang kata kena ganti dulu , ada yang kata puasa sunat dulu...apa pun puasa ni popular bagi mak-mak kita di kampung, tok kita yang dah uzur pun sayang nak tinggalkan walaupun hanya sunat.

      Cabarannya besar sikit hari ni, sebab makanan sedap-sedap di dapur , amalan kunjung mengunjung masih berjalan.hanya yang betul-betul kuat imannya boleh habiskan puasa ni enam hari berturut-turut.Banyaknya yang buat selang-selang sepanjang syawal untuk cukupkan 6hari hari lepas tu baru raya lagi sekali.

   Ikutkan pahala nya macam puasa sepanjang tahun itu lah yang menarik tu tawaran ALLAH.Hebatnya Allah  sentiasa mahu memberi bonus kepada orang-orang beriman.Sebulan digandakan pahala solat farzu sehingga 70 waktu untuk satu waktu solat wajib.Solat sunat diberi paahala solat farzdhu.lepas tu Bagi Lailatul Qhadar, jika dapat sangat banyak lagi ganjaran.Selepas tu bagi pula puasa ni hanya 6 hari ..ganjarannya macam setahun.....ALLAHU AKBAR.......Alhamdulilah terimakasih yaallah.

     Mudah-mudahan urusan hamba dipermudahkan dan puasa hamba di terima...amin

Tuesday 6 August 2013

PANDUAN MENGHADAPI SYAWAL


Bismilahirahmanirahim.

               Asalamualaikum wbt, alhamdulilah esok dah nak raya .salam syawal untuk semua.. Ramadhan adalah bulan menyucikan diri dari segala kekotoran  dalaman dan luaran, rohani dan jasmani.Mula-mula bayangkan usus kita tempat menyimpang semua makanan setahun lalu,apa yang kita makan dari mana hasilnya akan melalui usus untuk di proses dalam perut.
                Tujuan Allah adalah untuk menginsafkan kita disamping membantu memberi manusia kesihatan yang baik Merehatkan usus dari kerja memproses makanan selama 12  jam.pernah kah kita muhasabah diri.....kadang-kadang untuk kesihatan diri kita sendiri pun kita sangat berkira...susah nak jaga makan dan minum kita sebab terlalu banyak makanan sedap di luar sana....walaupun kadang-kadang banyak mendatangkan mudarat dari manfaat.Kita  sendiri merosakkan usus kita sebenarnya

                Berapakali kita diserang sakit perut selepas berbuka kerana terlebih makan,tersilap makan atau termakan benda yang tak patut makan.Bila sudah usus tak sihat bagaimana nak membuat amal ibadat kan.Makan yang sedikit itulah lebih berkat sebenarnya.Alhamdulilah jika sihat kali ni maksudnya kita telah berjaya mengawal nafsu makan, berjaya memilih apa yang terbaik untuk badan.

            Begitu juga dengan kekotoran hati ,kita diwajibkan memperbaiki hubungan sesama manusia,dengan adik beradik, jiran-jiran dan juga sahabat-sahabat.ALLAH hadiahkn kita hari untuk meminta memohon maaf dengan ibubapa atau orang yang lebih, meminta maaf untuk sahabat,dan memberi maaf juga.Jika tiada hari raya tentu dosa kita dah menimbun banyaknya bertahun tahun.tapi allah mahu kita bersihkan hati kita untuk menghadapi tahun baru.Kita bagaikan kain putih jika dosa kita diampunkan selepas ramadhan.Menghadapi  syawal dengan jiwa sebersih bersihnya,

          Alhamdulilah juga amalan umat islam di negara kita,sudah pandai membezakan antara mahram atau tidak, faham batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan, jika belum faham belajarlah untuk faham apa masalahnya bersalam dengan yang bukan mahram kita.kita wajib mohon maaf pada semua, tapi tak perlu bersalam dengan orang yang bukan mahram.

           Jangan cemari kesucian syawal dengan perkara yang mengundang penyakit baru .Kurangkan ketawa yang berlebihan , hiburan melampau atau sebagainya.ketawa yang berlebihan akan melemahkan hati..Jika banyak berselawat akan menguatkan fungsi hati dan iman.

           Jangan lupa agenda utama hari raya kunjungi kedua ibubapa,penuhi keperluan mereka, rasai kesunyian mereka hargai detik bersama mereka.Pada kita yang ibubapa telah kembali kerahmatulah, kita jangan rasa kehilangan mereka kerana mereka sentiasa hidup dalam hati kita.belikan baju raya juga,kuih raya juga, zakat untuk mereka kemudian sedekahkan kepada sahabat-sahabat arwah yang kurang berkemampuan .Insyaalah ada perasaan yang sangat indah disana menanti.
         Kunjungi pusara jadikan kemestian bawalah anak-anak kita sebagai latihan supaya esok bila kita telah tiada anak-anak pula mengunjungi kita insyaalah.Berikan salamuntuk meraka kerana sesungguhnya mereka sentiasa menanti kehadiran anak-anak yang soleh.mudah-mudahan salawat dan salam kita akan membantu mereka disana...amim

SELAMAT HARI RAYA




 Selamat Hari Raya .Maaf zahir dan Batin 1434H/ 2013

 



Bismillahirahmanirahim.Asalamualaikum.w.b.t.
Tiada kalimah.......... seluhur Syahadah,
Tiada kata ...............seikhlas zikir,
Tiada kitab ............. seagong Al Quran,
Tiada lagu................. semerdu azan,
Tiada ibadah ..............setulus solat,
Tiada hari ..............seindah jumaat,
Tiada kota..................sesuci mekah,
Tiada insan ..............semulia Rasululah,
Tiada bulan................. sebarakah Ramadhan,
Tiada kemenangan .........sehebat dan semanis  Aidilfitri.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat sesama Islam .Kenal Atau Tidak, jauh atau dekat lama atau baru,muda atau tua.Alhamdulilah...... Allah beri kita pertemuan dan ukhwah dalam talian...mudah-mudahan ada disitu keberkatan dalam kehidupan didunia dan akhirat.Ampun dan maaf atas setiap kesalahan zahir dan juga batin.

Dari  puan Asmah md sa